Saturday, December 29, 2012

mimpi indah ku

Tuhan... 
jika hari ini... 
aku kehilangan harapanku... 
tolong..
beritahu aku bahawa... 
rencanaMu..
lebih indah.. 
dari mimpi ku.. 


Friday, December 28, 2012

Pernahkah kita bertanya?

kenapa ada yang dapat hidup bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan namun anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya malah ketenangan terpancar pada wajah mereka? 

kenapa pula ada yang hidup dalam keadaan mewah dan berprestij namun berada dalam keadaan yang sedih dan tertekan serta anak-anak mereka menjadi sampah masyarakat? 

kenapa ada pasangan suami isteri dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka? 

kenapa ada pasangan yang baru berkahwin tidak sampai setahun, sudah bergaduh sehingga bercerai-berai? 

kenapa ada yang kehidupannya susah, tetapi sentiasa gembira? 

kenapa ada yang sakit, tetapi sentiasa bersyukur pasa Allah S.W.T? 

kenapa ada yang sudah muflis, tetapi masih bersemangat berjuang? 

.:: jawapannya ::.

semua ini, berpunca dari cara kita mentafsir (persepsi minda) setiap kejadian atau masalah yang melanda kita.

ingat: "Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri mereka sendiri"

Wednesday, December 26, 2012

apakah cinta

cinta itu tidak dapat dirasakan dan diungkapkan kecuali oleh mereka yang mengalaminya. cinta tidak dapat diungkap melalui kata-kata. demikian halnya ia tidak dapat dijelaskan dan diungkapkan, sekali pon seseorang itu seorang sasterawan, seniman, mahupun budayawan. itulah sebuah perasaan yang hanya dapat dirasakan ketika berkecimpung dan terjun ke dalamnya. agama-agama tidak mengingkarinya dan syariat tidak melarangnya, kerana sebenarnya hati itu milik Allah dan atas penguasaanNya.

keterangan dari Ibn Abbas r.a beliau berkata: "cinta lahir dari emosional, tidak datang dari akal, juga bukan dari kekuatan."

ulama, ahli kitab, para pakar telah menjelaskan bahawa " orang-orang soleh, ahli feqah masa lampau terdapat nama-nama yang tidak perlu disebut yang mereka juga mengalami cinta."

inilah pengertian 'cinta' menurut ulama, yakni cinta merupakan sesuatu yang lepas dari keinginan, menguasai perasaan-perasaan dan pancaindera, bahkan menguasai dengan kekuatan yang luar biasa.

calon pilihan kalbu

bahagia adalah relatif sifatnya. ada pasangan yang berkahwin muda mampu mengekalkan kebahagiaan. ada juga yang yang berkahwin usia lewat, tetapi tetap juga gagal mengharungi cubaan dan dugaan hidup berumah tangga. pastinya kekayaan, kecantikan dan kedudukan tidak menjamin seseorang itu untuk terus hidup bahagia. malah, sudah banyak kita saksikan bagaimana pemilihan calon yang berdasarkan kriteria selain daripada kriteria 'beragama' hanya akan berakhir dengan sensara dan kecewa. tidak dinafikan kecantikkan paras rupa sering menjadi keutamaan. namun begitu, memilih yang beragama sebagai syarat pertama disamping mempunyai paras rupa yang cantik, berkedudukan dan berharta sewajarnya menjadi ikutan setiap mereka yang ingin berumah tangga.

jodoh pertemuan

kita sering mengatakan bahawa jodoh dan pertemuan itu ketentuan ALLAH S.W.T. lazimnya jodoh juga diletak sebaris dengan ajal dan rezeki, seolah-olah manusia tidak ada kuasa untuk membuat pilihan terhadap jodoh masing-masing. sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang dan ALLAHlah yang menentukan segalanya. jika kita diizinkan untuk berkahwin pada usia muda , berdoalah agar itu yang terbaik buat kita. sebaliknya, jika ditakdirkan berkahwin dalam usia lewat, mungkin tersembunyi hikmah disebaliknya. namun sebagai hamba, kita disuruh berusaha untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama agar perkahwinan yang dibina akan berkekalan dan bahagia hendaknya.