Wednesday, December 26, 2012
jodoh pertemuan
kita sering mengatakan bahawa jodoh dan pertemuan itu ketentuan ALLAH S.W.T. lazimnya jodoh juga diletak sebaris dengan ajal dan rezeki, seolah-olah manusia tidak ada kuasa untuk membuat pilihan terhadap jodoh masing-masing. sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang dan ALLAHlah yang menentukan segalanya. jika kita diizinkan untuk berkahwin pada usia muda , berdoalah agar itu yang terbaik buat kita. sebaliknya, jika ditakdirkan berkahwin dalam usia lewat, mungkin tersembunyi hikmah disebaliknya. namun sebagai hamba, kita disuruh berusaha untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama agar perkahwinan yang dibina akan berkekalan dan bahagia hendaknya.